Teknologi Instrumentasi

Pengenalan Kursus

Bahagian ini pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran secara teori dan amali berkenaan Teknologi Instrumentasi (Kawalan Proses) yang merangkumi Plant Process, Distribution Control System (DCS), Calibration and Maintenance, Simulation, Application, Project Implementation dan juga berkenaan keselamatan.

Kelayakan Akademik

Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun dan mempunyai kelulusan akademik berikut :

  1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia-Vokasional (SPMV) atau setaraf dan lulus Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/Subjek Teknikal dan Bahasa Inggeris; serta
  2. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang yang berikut :
    a. B05 - Elektronik Industri  (SKM Tahap 2 / Tahap 3)
    b. B04 – Teknologi Instrumen Perindustrian (SKM Tahap 3)

Kaedah Latihan

Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.

Tempoh Latihan

Tempoh latihan sepenuh masa minima adalah selama 2 tahun 3 bulan.

Persijilan

  1. Diploma Teknologi
  2. Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4

Peluang Kerjaya

Peluang kerjaya graduan dalam bidang ini adalah sebagai Assistant Process Control Technologist (Pembantu Ahli Teknologi Kawalan Proses) dalam industri:

  • Minyak dan Gas (O & G)
  • Penapisan Petroleum
  • Petro Chemical
  • Oleo Chemical
  • Polymer Processing
  • Food Processing
  • Cement
  • Steel
  • Metallurgical & Mineral Processing
  • Pulp & Paper
  • Waste Treatment
  • Biotech and Pharmaceutical

Pinjaman Latihan

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

  • img govl jobmalaysia
  • img gov mampu
  • img gov mygov en
  • img gov msc
  • img gov jpa
  • img gov bpa
  • img gov iim
  • img gov 1malaysia
  • logoJTM
  • logoskillMalaysia
  • 1ksm
  • upu
  • mysms
  • MyIdeas
  • MQA
  • ptpk-logo
  • mdec
  • jpk