Seiring dengan Kempen Derma Darah, sekali lagi pada sesi ini Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) telah menganjurkan Program Derma Darah sesi 1/2019. Program ini berlangsung di Dewan Besar, ADTEC Kemaman dan dijayakan dengan kerjasama Pusat Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah. Program kali ini berjaya mengumpulkan 96 pain darah daripada warga ADTEC Kemaman. Terima kasih kepada semua penderma.

#DonateBloodSaveLife