ADTEC Kemaman telah menghantar 5 penyertaan dalam pertandingan International Technology Exhibition & Conference (i-Tec’19) anjuran KKTM Kemaman yang berlangsung oada 24-25 September 2019. Pasukan Inovasi ADTEC Kemaman telah membawa pulang 2 pingat emas dan 3 perak serta hadiah utama berikut:
1. Juara Kategori Oil & Gas – Projek Instrumentation Loop Tester
2. Juara Kategori Building Construction – Projek Mini Water Pump
3. Tempat Ketiga Kategori Manufacturing Process & Automotive – Projek Car Jumper Tool Kit

Sekalung tahniah dan peghargaan kepada pensyarah dan pelajar terlibat.