Minggu Silaturrahim sesi 1/2019 untuk hari ketiga diteruskan dengan aktiviti explorasi. Aktiviti Eksplorasi diadakan di kawasan ladang ADTEC Kemaman adalah satu aktiviti yang sering dinanti-nantikan oleh para pelajar dan kakitangan. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kemahiran peserta bagi menyelesaikan permasalahan yang diberi serta menggalakkan sifat kerjasama antara ahli kumpulan. Selain itu, aktiviiti eksplorasi ini mencabar ketahanan mental dan fizikal pelajar. Ini bagi mempersiapkan para pelajar kepada cabaran hidup yang bakal mereka hadapi kelak.