Selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri, Pengurusan ADTEC Kemaman telah menetapkan aktiviti berjalan kaki mengelilingi ADTEC Kemaman sejauh 1.2km pada setiap Ahad jam 8:00 pagi, bermula pada 27 Januari 2019. Diharapkan agar aktiviti ini dapat memupuk budaya hidup sihat dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan kerja dan mengukuhkan silaturrahim dikalangan kakitangan serta pelajar ADTEC Kemaman.