Pengurus Aman Palestin Cawangan Kemaman & Dungun, En Syahmiezan bin Sahrom telah hadir ke ADTEC Kemaman untuk memberi taklimat dan mendedahkan kepada para pelajar berkenaan aktiviti Aman Palestin. Secara umumnya, Aman Palestin merupakan sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.