Selama seminggu, bermula dari 19 -23 Julai 2020,  Bahagian Pusat Sumber & Multimedia (BPSM) telah menganjurkan satu Bengkel Pembangunan Video Base Online Learning bagi tujuan membangunkan bahan pembelajaran secara video, sesuai bagi keadaan pembelajaran semasa. Kini negara sedang menghadapi pandemic Covid-19, maka proses pengajaran & pembelajaran turut berubah mengikut keadaan. Maka bagi mensesuaikan keadaan semasa, bengkel ini dianjurkan bagi mempersiapkan para pengajar untuk menyediakan bahan pengajaran bagi proses pengajaran secara online.