Jawatankuasa Penyelaras Projek Tahun Akhir (PTA) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Laporan Projek Tahun Akhir. Pada tahun ini, seramai 252 orang pelajar telah menyertainya. Taklimat penulisan ini telah disampaikan oleh Ts Dr Ruzlaini binti Ghoni, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrikal & Automasi TATI University College. Semoga bengkel ini mampu memberi manfaat kepada semua pelajar yang terlibat untuk menghasilkan satu laporan yang berkualiti.