Bengkel Penulisan Projek Tahun Akhir 1 telah diadakan pada 3 Mac 2020 bertempat di Dewan Kuliah Utama, ADTEC Kemaman. Bengkel ini melibatkan pelajar semester 4 dan semester 6 daripada Bahagian Teknologi Kimpalan, Penyelenggaraan Mekanikal, Automotif, Binaan, Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Elektrik Kuasa, Instrumentasi dan Penyelenggaraan Bangunan & Fasiliti. Bengkel ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Projek Tahun Akhir ADTEC Kemaman.