Program webinar ini dipancarkan secara langsung di platform facebook ADTEC Kemaman. Webinar ini mempromosi bidang diploma Instrumentasi dan Diploma Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (PPU). Sesi ini melibatkan Ketua Bahagian  Instrumentasi, En Nik Mohd Farid bin Nik Hassan beserta bekas pelajar, Nor Amirul Arif. Ketua Bahagian PPU, Puan Norliza binti Saidin dan bekas pelajar Mohd Ikhwan turut serta dalam program ini. Ketua bahagian telah menerangkan syarat-syarat kemasukan serta manfaat yang diperolehi daripada mengikuti bidang berkaitan. Manakala, bekas pelajar telah berkongsi pengalaman mereka sepanjang belajar di ADTEC Kemaman serta kerjaya mereka pada masa ini.