Dua projek inovasi ADTEC Kemaman telah terpilih ke pertandingan akhir Cabaran Inovasi Inklusif Zon Pantai Timur anjuran Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) yang berlangsung pada 29-30 Oktober 2019. Projek ALAT PENGESAN KEMALANGAN dan MINI WATER PUMP masing-masing telah bersaing dalam kategori IPTA/S dan Awam. Projek ALAT PENGESAN KEMALANGAN yang diketuai oleh En. Nasiruddin Sadan telah memenangi tempat ketiga bagi kategori IPTA/S seterusnya berjaya membawa pulang wang tunai RM1000. Syabas dan tahniah diucapkan. semoga ADTEC Kemaman terus mencipta kecemerlangan di tahun akan datang.