Rakan Kerjasama Pintar kami Syarikat ALAM DINGIN Air Conditioning Engineering Sdn Bhd🤗🤗 (Oil & Gas HVAC Expert)

22 Feb 2020, 4.00pm Mesyuarat aktiviti kerjasama bagi tahun 2020 bagi pelaksanaan kursus VRV copper pipe brazing follow ASME Standard Section IX untuk peningkatan kemahiran pengajar- pengajar HVAC ILJTM. Doakan semoga pelaksanaannya berjalan dengan lancar dan berjaya. Dari kiri : En.Syahriman (Pengajar PPU), En.Zamri (ADAE QC Manager), Pn.Norliza (Ketua Bahagian PPU)

LAWATAN PELAJAR

Bahagian Teknologi Binaan ADTEC Kemaman telah mengadakan satu lawatan ke tapak bina Projek Pembinaan Hospital Kemaman (300 katil),Terengganu (Reka & Bina) pada 17hb Februari 2020.Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar semester akhir Teknologi Binaan mengenai pengurusan di tapak bina. Taklimat khas telah disampaikan oleh Pengurus Projek JKR mengenai perjalanan projek pembinaan ini…

PERSEDIAAN PESERTA WSASEAN

Peserta WSASEAN 2020 Singapore ADTEC KEMAMAN saudara Sulaimin Bin Daud, bidang ‘Electrical Installation’ telah mengikuti kem motivasi pemantapan jati diri bermula 17 hingga 20/2/2020 bertempat Sri Damai Resort Kalumpang Kerling Hulu Selangor, Selangor anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran.