Mesyuarat Jawatankuasa Centre of Skill Excelent (CoSE) bagi bidang Teknologi Minyak & Gas (Instrumentasi) bil 1/2019 telah diadakan pada Isnin 18 Feb 2019 bertempat di ILP Kepala Batas, Pulau Pinang. Mesyuarat yang membincangan perancangan dan halatuju CoSE ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Halim bin Abd Rahman yang juga merupakan Pengarah ADTEC Kemaman. Agenda mesyuarat diakhiri dengan satu sesi Lawatan Industri ke Kilang Baja Sebatian iaitu Malaysia NPK Fertilizer Sdn. Bhd (MNFSB) bertempat di Gurun, Kedah. Lawatan ini juga sebagai lawatan hormat ke atas jalinan kerjasama yang telah dimeterai antara pihak MNFSB dan pihak JTM.