Pada 21 Januari 2019, Pasukan CSR ADTEC Kemaman yang diketuai oleh En. Nuzi bin Yaacob telah ke Sek. Keb. Payoh untuk mejalankan aktiviti kemasyarakatan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan bekalan elektrik ke unit Penyaman Udara, pemeriksaan unit luar penyaman udara dan pemeriksaan unit dalaman penyaman udara. Semua kerosakan kecil telah diselenggara dan baki kerosakan yang besar, aktiviti susulan akan dilaksanakan kelak. Terima kasih kepada pensyarah dan pelajar Bahagian Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara yang telah menjayakan aktiviti ini.