Kerja-kerja pemasangan ‘intubation box’ dan ‘face shield’ telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Team CSR Covid 19 ADTEC Kemaman pada 2 April 2020. Sebanyak 6 unit ‘intubation box’ telah disiapkan dan 500 unit ‘face shield’ telah disediakan bagi diserahkan kepada pihak Hospital Kemaman. Proses pemasangan ini melibatakan 3 orang pensyarah yang diketuai oleh En. Ismawi, En. Kharil Azhar, En. Khairul Aftitah serta dibantu oleh 9 orang pelajar yang tidak pulang ke kampung sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP). Aktiviti CSR berjalan dalam keadaan terkawal dan mengikut saranan yang ditetapkan dalam garis panduan PKP oleh MKN. ADTEC Kemaman juga berterima kasih kepada ADTEC Jerantut kerana menyediakan bingkai ‘face shield’ yang dihasilkan melalui proses ‘injection moulding’.