Sebanyak 600 unit ‘faceshield’ telah diserahkan oleh ADTEC Kemaman kepada JBPM sekitar Kemaman dan Dungun. En. Ismawi bin Ismail, Ketua Jabatan Elektrik & Instrumentasi telah menyampaikan serahan ini kepada PgKB II Azman Bin Alias, Ketua Zon 2 Terengganu selaku wakil kepada semua balai-balai bomba yang terlibat sepertimana senarai berikut:

1.Balai Bomba Chukai – 100 unit
2.Balai Bomba Kemaman – 50 unit
3.Balai Bomba Kijal – 50 unit
4.Balai Bomba Kerteh – 100 unit
5.Balai Bomba Paka – 50 unit
6.Balai Bomba Dungun – 100 unit
7.Balai Bomba Al Muktafi billah shah – 50 unit
8.Balai Bomba Cheneh – 50 unit
9. Pejabat Zon 2 Terengganu – 50 unit

Semoga semua anggota bomba diberi perlindungam dan diberikan kesihatan yang baik dalam mendepani cabaran menangani wabak Covid 19.