Penyerahan sebanyak 300 unit ‘faceshield’ kepada wakil Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah dilaksanakan pada 24.4.2020 untuk diagihkan kepada ‘frontliner’ . Difahamkan PSMZA akan menyalurkan serahan ini kepada Hospital Dungun, Klinik Kesihatan Kuala Dungun, Pusat Kuarantin Covid 19 PSMZA dan UiTM, APM Dungun serta PDRM Dungun. Semoga semuanya berjalan lancar dan kita mesti menang dalam melawan wabak Covid 19 ini.