Sebanyak 250 unit ‘faceshield’ telah diserahkan kepada Hospital Kemaman pada hari ini. Ia merupakan serahan kali kedua oleh ADTEC Kemaman kepada pihak Hospital Kemaman di mana pada 5 April 2020 sebanyak 500 unit faceshield telah diserahkan. Diharapkan inisiatif ini menjadi sebahagian daripada usaha Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dalam membantu negara menangani wabak Covid 19.