Pada 27 Ogos 2019, jam 9:30 malam, satu pertandingan debat telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, ADTEC Kemaman. Pertandingan debat ini diadakan sempena Minggu Kemerdekaan 2019. Sebanyak 8 bahagian terlibat dalam peringat pertama dan hanya 4 bahagian akan mara ke peringkat semi-final. Antara tajuk yang dibahaskan ialah, ‘Rakyat Malaysia Lemah Jati Diri’, ‘Dunia Semakin Aman’, ‘Takkan Melayu Hilang di Dunia’ dan ‘Masih Perlukah Budaya Ragging?’. Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen yang diberikan.