KUANTAN, 14 JUN 2019 – Family Raya Day tahun ini disambut meriah oleh para warga ADTEC Kemaman dan ahli keluarga yang berkunjung bagi menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Majlis Sambutan Family Raya Day yang berlangsung di De Rhu Beach Resort, Kuantan, bermula jam 8:00 sehingga 11:00 malam berlangsung meriah dengan dikunjungi hampir 240 orang tetamu.

Dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan ADTEC Kemaman, pelbagai jenis juadah disajikan seperti Nasi Briyani, Kambing Bakar, Sate, Kuih Muih, Laksa Pahang, Cendol, Buah-buahan, dan Soto Ayam.

Pada majlis ini, pihak KKSK turut menyampaikan sumbangan Duit Raya kepada anak-anak yang hadir. Turut diadakan penyampaian hadiah ‘Best Dressed’ Kategori Staf Lelaki dan Perempuan, Anak Lelaki dan Perempuan, serta Kategori Keluarga. Tidak lupa juga cabutan bertuah kepada ahli-ahli yang bertuah.