Final Year Project Exhibition & Competition (FYPEC) 2019 telah diadakan pada 29 – 30 Oktober 2019. FYPEC ini dianjurkan bagi memberi semangat dan galakan kepada semua peserta yang terdiri daripada semua pelajar semester akhir sesi 2/2019 untuk mempamerkan serta membentangkan projek akhir mereka.
.
Pada 29 Oktober, semua projek telah menjalani proses penjurian dan keputusannya sebanyak 10 projek telah memenangi pingat gangsa, 7 projek berjaya memenangi pingat perak dan 5 projek telah memenangi pingat emas. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua juri khususnya kepada Tuan Haji Norman bin Kusin, Mantan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manuasia, selaku ketua panel juri atas komitmen yang diberikan.
.
Majlis penutup FYPEC 2019 telah diadakan pada 30 Oktober jam 11:00 pagi di Dewan Besar. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah ADTEC Kemaman, Tuan Haji Mohd. Nuzi bin Yaacob. Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat bagi menjayakan FYPEC 2019.