Acara tahunan, Final Year Project Exhibition & Competition (FYPEC) Sesi 2/2020 telah diadakan di Dewan Besar, ADTEC Kemaman pada 11 April 2021. Sebanyak 75 projek inovasi telah mengambil bahagian di bawah 3 kategori iaitu projek kategori Mekanikal, Elektrikal dan Sivil. Seramai 215 orang pelajar tahun akhir terlibat dalam program pada sesi ini. FYPEC memberi peluang dan menyediakan platform untuk mengenalpasti projek-projek yang boleh dibawa ke peringkat lebih tinggi kepada pelajar tahun akhir ADTEC Kemaman. Syabas diucapkan kepada semua peserta.