Majlis Penutup Final Year Project Exhibition & Competition (FYPEC) Sesi 2/2020 telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah, Tuan Haji Abdul Halim bin Abd Rahman di Dewan Kuliah Utama, ADTEC Kemaman pada 12 April 2021. Sekalung tahniah diucapkan kepada projek ‘Door Portable Stand’ yang telah memenangi Tempat Pertama bagi Hadiah Keseluruhan FYPEC Sesi 2/2020, serta projek ‘Ceiling Hole Driller’ dan ‘Cutter Wall’ yang memenangi tempat kedua dan ketiga. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada pemenang-pemenang setiap kategori. Semoga pelaksanaan FYPEC kali ini membuka peluang kepada projek tahun akhir pelajar untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.