Pada 30 Januari 2019 telah diadakan hari mengundi bagi memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Semua pelajar telah mula beratur untuk mengundi tepat jam 9:00 pagi di Dewan Besar. Para pelajar telah diberi kuasa penuh untuk memilih pucuk pimpinan MPP 2019 daripada 28 orang calon. Pengundian dijalankan secara atas talian dan telah berlangsung dengan lancar.