ADTEC Kemaman terus melakar kejayaan dalam bidang kreativiti & inovasi apabila merangkul 2 pingat emas dan 2 pingat perak daripada 4 projek yang dihantar di pertandingan iCompEx 19 anjuran Polimas, Jitra kedah yang berlangsung pada 19 – 21 march 2019. Pertandingan yang menyaksikan sebanyak 595 penyertaan merebut tempat dalam pelbagai kategori inovasi itu menjadi satu platform bagi ADTEC Kemaman untuk terus mencipta kejayaan. Lebih membanggakan apabila projek “Vehicle Accident Tracker” yang memenangi pingat emas turut memenangi anugerah naib johan kategori F (Pengangkutan, Automotif & Penerbangan). Projek yang turut memenangi pingat emas adalah “Mesin Bawang Dwi Fungsi” manakala 2 lagi projek memenangi pingat perak adalah “Car Jumper Kit” dan “Fries Cutter”. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pensyarah dan pelajar yang telah mengharumkan nama ADTEC Kemaman di peringkat kebangsaan