Pada 20/05/2019 bersamaan 15 Ramadhan 1440H, Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Kelab Kebajikan & Sukan Kakitangan (KKSK) serta Jawatankuasa Surau ADTEC Kemaman telah berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Perdana dan Khatam Al-Quran bagi pelajar-pelajar, kakitangan serta anak-anak kakitangan ADTEC Kemaman. Pihak KKSK juga menyampaikan zakat kepada pelajar-pelajar B40 serta pelajar-pelajar yang berasal dari Sabah/Sarawak dan Saguhati juga disampaikan kepada semua Bilal serta Imam solat Tarawikh yang terdiri daripada 5 orang pelajar ADTEC Kemaman.