ADTEC Kemaman terus unggul apabila merangkul 4 pinggat emas daripada empat projek yang dihantar ke pertandingan ‘Innovation, Product Launching & Entrepreneurship’ (INNOPLEN 2019) peringkat kebangsaan anjuran Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, (POLISAS) Kuantan, Pahang.

4 projek yang dihantar adalah ‘Vehicle Accident Tracker, Car Jumper Kit, Fries Cutter dan Dual Function Onion Machine’. Lebih membanggakan lagi apabila projek ‘Vehicle Accident Tracker’ memenangi tempat pertama bagi kategori teknikal.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pensyarah dan pelajar yang terlibat. Semoga ADTEC Kemaman terus melakar kecemerlangan di masa akan datang.