Sesi Kunjungan Hormat ke atas YB Senator Datuk Hj Husam bin Musa, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) telah diadakan pada 25 November 2019 bertempat di Pejabat KADA, Kota Bahru, Kelantan.

Objektif utama kunjugan hormat ini adalah untuk meneroka dan menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak KADA melalui perkongsian kepakaran serta penghasilan produk-produk inovasi oleh para pelajar ADTEC Kemaman bagi meyumbang kemajuan teknologi pertanian terutama dalam kawasan Kemubu serta negara bagi mencapai kemakmuran bersama.

Pihak KADA begitu positif dengan kunjungan ini dan akan cuba membantu dalam merealisasikan pengkomersilan produk inovasi ADTEC Kemaman.