22 Disember 2020, 11.00a.m : Sesi kunjungan hormat dari Pengarah INTIM Kemaman iaitu Tuan Mohd Zainudin Bin Mohd Noor serta staff INTIM iaitu Puan Rosnadhirah Bt. Ramli ke ADTEC Kemaman. Sesi bermula dengan perbincangan khas di Bilik Mesyuarat Utama dengan agenda perbincangan berkenaan perkongsian kepakaran tenaga pengajar serta kursus – kursus yang bersesuaian yang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak. Sesi kunjungan ini berakhir dengan mereka dibawa melawat ke Bengkel Teknologi Instrumentasi bagi melihat fasiliti peralatan yang lengkap bagi bidang latihan kawalan proses yang terdapat di ADTEC Kemaman.