ADTEC KEMAMAN telah menganjurkan Kursus Drone ‘Cilik’ khas kepada generasi muda 12 tahun ke bawah. Penyertaan kursus telah menerima sambutan amat mengalakkan daripada para ibu-bapa yang inginkan bakat-bakat cilik mereka menerima pendedahan Teknologi Drone. Seramai 20 peserta telah terpilih menyertai sesi julung-julung kali diadakan ini. Pensyarah En. Mohd Zaki Jaafar telah diamanahkan mengendali kursus ini bermula jam 8.00 pagi.

Peserta-peserta cilik terlebih dahulu diberikan taklimat teori, memahami konsep penerbangan drone, membaca teknikal drawing diikuti amali pemasangan drone. Pensyarah selepas itu mempamerkan demonstrasi penerbangan. Kesemua peserta berjaya memasang dan mengendali penerbangan drone mereka masing-masing dengan jayanya. Kursus berakhir pada jam 5.00 petang dengan sijil tamat latihan disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi, En. Wan Shaiful Hasrizam Wan Muda. Para ibu-bapa dan peserta melahirkan rasa gembira dan teruja dengan pendedahan yang diterima. Pihak institut mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama tersebut. Semoga ketemu lagi di sesi penganjuran akan datang.