Bahagian Teknologi Instrumentasi, Jabatan Elektrikal dan Instrumentasi telah menjalankan kursus “Instrumentation & Process Control Training” pada 21 hingga 23 Februari 2020 bertempat di ADTEC Kemaman. Seramai 11 orang peserta kursus yang terdiri daripada pekerja industri sektor minyak & gas sekitar kemaman dan kuantan. Kursus ini mendedahkan kepada peserta berkenaan ‘Operation, Measurement, Calibration’ serta sistem kawalan loji. Di akhir kursus, peserta telah diberikan Sijil Peningkatan Kemahiran yang telah disampaikan oleh En. Mohd Nuzi Bin Yaacob selaku Timbalan Pengarah ADTEC Kemaman.