Kursus Kepimpinan dan Pemantapan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2020 telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 27 hingga 29 Februari 2020. Kursus yang diadakan di Lagoona Resort Training & Camping, Cherating ini telah melibatkan 16 orang pelajar MPP dan 7 orang fasilitator. Antara bengkel yang dijalankan adalah Bengkel Pengucapan Awam, Pengurusan Mesyuarat & Penulisan Surat Rasmi, Etika Berorganisasi, Penulisan Kertas Cadangan dan Ceramah Protokol & Pengurusan Majlis. Pelajar juga menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang memupuk semangat kerjasama seperti Water Rafting, Merentas Halangan, Jungle Trekking, dan Night Walk. Semoga segala ilmu yang dicurahkan dan aktiviti yang dijalankan dapat diamalkan sepanjang tahun 2020.