Lawatan audit pentauliahan Pusat Penilaian Kompetensi Bertauliah (PPKB) CIDB melalui Akademi Binaan Wilayah Timur (ABMT) telah diadakan pada 10 April 2019. Lawatan audit telah dilaksanakan oleh delegasi yang diketuai oleh pegawai CIDB Putrajaya bersama panel penilai daripada ABMT terhadap kelengkapan peralatan latihan bengkel dan kemudahan yang tersedia di ADTEC Kemaman bagi 25 tred kemahiran dalam bidang Bangunan, Mekanikal, Elektrikal, Kimpalan, IBS dan Minyak & Gas. Dengan komitmen pengurusan dan semua pengajar ADTEC Kemaman, pihak panel penilaian telah mencadangkan ADTEC Kemaman diberi pentauliahan PPKB oleh CIDB.