Satu siri Lawatan Industri Pelajar telah diadakan pada 12 & 13 Februari 2020. Seramai 16 orang pelajar SEM 4 dan 2 orang pensyarah pengiring dari Bahagian Teknologi Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti telah mengadakan lawatan ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Lawatan industri ini adalah dengan kerjasama SWORD ELEVATOR (M) SDN BHD. Jutaan Terima Kasih diucapkan.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendedahkan pelajar mengenai sistem pengangkutan dalam bangunan (building transportation) dan juga memberi motivasi kepada pelajar tentang halatuju mereka selepas tamat pengajian.