Satu siri Lawatan Industri dan Lawatan Akademik pelajar telah dijalankan pada 17 & 18 September 2019. Seramai 40 orang pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Instrumentasi serta pensyarah pengiring telah mengadakan lawatan ke Kilang Mamee Double Decker di Ayer Keroh Melaka.

Manakala pada hari kedua, lawatan akademik ke Perpustakaan Tunku Tun Aminah serta Loji Biodiesel, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia kampus Parit Raja, Batu Pahat Johor.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada sektor industri pemprosesan makanan serta memberi pendedahan serta halatuju mereka selepas menamatkan pengajian di ADTEC Kemaman kelak..