Bahagian Teknologi Binaan ADTEC Kemaman telah mengadakan satu lawatan ke tapak bina Projek Pembinaan Hospital Kemaman (300 katil),Terengganu (Reka & Bina) pada 17hb Februari 2020.Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar semester akhir Teknologi Binaan mengenai pengurusan di tapak bina. Taklimat khas telah disampaikan oleh Pengurus Projek JKR mengenai perjalanan projek pembinaan ini dan diakhiri dengan sesi lawatan ke dalam tapak bina.