Pilihanraya Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) Tahun 2020 akan diadakan pada 22hb. Januari 2020 untuk memilih barisan pewakilan yang baru.
Untuk merancakkan lagi kempen pilihanraya tersebut dan membolehkan semua pelajar menilai kemampuan serta keupayaan calon-calon MPP2020, Majlis Pengucapan Awam bagi calon-calon yang bertanding telah diadakan pada 21 Januari 2020 di Dewan Kuliah Utama, ADTEC Kemaman dihadapan semua pelajar dan pensyarah.
Seramai 22 orang calon terlibat dan telah menunjukkan kebolehan dan menyampaikan manifesto masing-masing. Penjurian dibuat oleh Encik Hasbullah bin Wahab dan Puan Noor Shaliza bt. Juhari. Hadiah wang tunai disediakan kepada pemenang dan tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang;
Johan – Muhammad Azrai Fauzi (Diploma Tek. Elektrik Kuasa)
Naib Johan – Ammar Zaim Zaidi (Diploma Tek. Automotif)
Tempat Ketiga – Muhammad Darwish Mohd Nasrudin (Diploma Tek. Kimpalan)

“SELAMAT MENGUNDI MPP2020”