Seramai 124 orang pelajar baru sesi 1/2020 telah menyertai Minggu Silaturahim (MSR) yang bermula pada 1 Januari hingga 4 Januari 2020. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ceramah, latihan dalam kumpulan program komuniti dan program pemantapan solat.

Pada 5 Januari 2020, pada jam 2.30 petang di Dewan Kuliah Utama telah berlangsung Majlis Penutup MSR sesi 1/2020. Terima kasih diucapkan kepada YB Ir. Saiful Azmi bin Suhaili, Timbalan Pengerusi Jawatakuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu, atas kesudian untuk malaksanakan acara Perasmian Penutup MSR sesi 1/2020.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua AJK yang telah menjayakan MSR sesi 1/2020. Selamat menjalani rutin sebagai warga ADTEC Kemaman kepada semua pelajar baru sesi 1/2020.