Majlis Penutup bg MSR sesi 1/2019 berjalan dengan ringkas dan lancar. Para pelajar baru telah menunjukkan bakat mereka melalui persembahan dikir barat. Majlis Perasmian Penutup MSR kali ini telah disempurnakan oleh YB Che Alias bin Hamid.

Minggu Silaturahim Sesi 1/2019 melabuhkan tirainya dengan harapan bagi pelajar untuk terus mewujudkan hubungan silaturahim yang harmoni di antara satu sama lain. Semoga segala yang diterapkan dalam minggu orientasi ini berkekalan sepanjang tahun 2019. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua kakitangan dan pelajar yang telah terlibat dalam menjayakan Minggu Silaturahim pada sesi ini.

Buat pelajar baharu, kami ucapkan, “Welcome to the Family” dan tahniah kerana anda kini menjadi sebahagian daripada warga ADTEC Kemaman.