Majlis Perasmian Penutup TVET Innovation & Creativity Project Competition (TICPRO) 2019 telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Hj. Mahfuz bin Hj. Omar pada 30 April 2019 di Dewan Kuliah Utama, ADTEC Kemaman. Turut hadir sama adalah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Tn. Hj. Zaihan bin Shukri. Majlis berlangsung dalam suasana yang meriah dan YB Timbalan Menteri sempat melawat tapak pameran dan pertandingan inovasi yang melibatkan 124 penyertaan dari kalangan institusi TVET di Malaysia seperti ADTEC, ILP, IKM, KKTM, IKBN, IKTBN, KV, Politeknik serta daripada Unisza dan sekolah. TICPRO 2019 telah menobatkan 30 pemenang pingat emas, 30 pemenang pinagt perak dan 40 pemenang pingat gangsa. Manakala pemenang-pemenang anugerah utama adalah seperti berikut:
i. Juara TICPRO 2019 – Design and Fabricate IOT Sateport, ILP Perai (RM 1,100)
ii. Naib Juara TICPRO 2019 – Generator Fuel Saver and Green Energy Power, IKM Besut (RM 700)
iii. Ketiga TICPRO 2019 – Super Gear Oil Filler (S-GO), ILP Jitra (RM 500)
iv. Inovasi Muda – Think Glob, SM Sains Setiu (RM 500)
v. Inovasi Terbaik (Mekanikal) – Design and Fabricate IOT Sateport, ILP Perai (RM 300)
vi. Inovasi Terbaik (Elektrikal / Elektronik / ICT & Multimedia) – Generator Fuel Saver and Green Energy Power, IKM Besut (RM 300)
vii. Inovasi Terbaik (Sivil) – I-Emergency Grill, Politeknik Sultan Mizan, Dungun (RM300)
viii. Anugerah Khas RSA – Pertama – Mini Water Pump, ADTEC Kemaman (RM 300)
ix. Anugerah Khas RSA – Kedua – Cooler Sofa, ADTEC Kemaman (RM200)
x. Anugerah Khas RSA – Ketiga – Mesin Pelontar Bola Tampar (RM 100)
Manakala SK Kijal telah menerima Anugerah Khas Juri kerana menjadi satu-satunya penyertaan daripada sekolah rendah yang bersaing dalam TICPRO 2019. YB TM juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 2 orang pemenang Pra Kelayakan World Skill Malaysia Belia (WMSB) bagi bidang Electrical Installation iaitu Mohamad Sulaimin bin Daud dari ADTEC Kemaman dan Megat Mohd Ridzuan bin Megat Abu Bakar dari ILP Jitra yang akan mewakili JTM dalam peringkat akhir WSMB. Pertandingan dijalankan di Bahagian Teknologi Elektrik Kuasa, ADTEC Kemaman dan berlangsung serentak dengan TICPRO 2019. ADTEC Kemaman mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Timbalan Menteri Sumber Manusia dan TKP, JTM kerana sudi hadir memeriahkan majlis dan sekalung tahniah kepada para pemenang serta peserta TICPRO 2019.