Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2018 telah diadakan di Dewan Besar ADTEC Kemaman dan disambut dengan meriah. Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang bertemakan ‘Syoknya Raya’ merupakan anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan (KKSK) bersama Majlis Perwakilan Pelajar adalah merupakan aktiviti yang dinanti-nantikan pada bulan Syawal ini. Seperti sambutan Hari Raya yang lepas, setiap bahagian telah ditugaskan untuk membuka gerai gerai juadah dan menu hidangan telah dibahagikan mengikut bahagian masing-masing. Pelbagai jenis juadah telah disediakan seperti kambing golek, satay, laksa penang, nasi minyak, ais kacang dan kuih-muih yang sungguh menyelerakan.

Antara pertandingan yang diadakan adalah Pertandingan Gerai Tercantik, Pakaian Tercantik Kategori Staf dan Pelajar serta Pertandingan Teka Jumlah Kacang. Pemenang bagi Pertandingan Gerai Terbaik jatuh kepada Bahagian Teknologi Kimpalan dengan hiasan gerai yang sungguh kreatif, diikuti oleh Bahagian Teknologi Instrumentasi dan Bahagian Khidmat Pengurusan.

Majlis Jamuan Hari Raya juga telah diserikan dengan persembahan-persembahan seperti kumpulan Live Band, kumpulan Dikir Barat dan kumpulan Nasyid yang terdiri daripada pelajar baru dan lama. Tidak lupa juga kepada bakat-bakat ADTEC Kemaman yang telah menyerikan lagi majlis dengan sesi karaoke.

Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa hadapan.