Seramai 225 orang pelajar baharu telah mendaftar di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman bagi sesi kemasukan Julai 2018 pada 24 Jun yang lepas. Sebanyak lapan bidang pengajian telah ditawarkan diperingkat Diploma Teknologi Kejuruteraan dan Diploma Teknologi. Bidang-bidang tersebut adalah bidang Automotif, Binaan, Elektrik Kuasa, Instrumentasi, Kimpalan, Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara serta Penyelenggaraan Mekanikal.

Minggu Silaturahim (MSR) Sesi 2/2018 telah berlangsung selama seminggu. Para pelajar baru diberikan pengenalan mengenai setiap bahagian pengurusan ADTEC Kemaman dan ceramah-ceramah oleh agensi luar seperti Bomba dan AADK. Para pelajar juga turut serta dalam aktiviti luar iaitu program Eksplorasi di Ladang ADTEC Kemaman yang bertujuan untuk meningkatkan ketahanan diri pelajar serta menanam sifat kerjasama di dalam kumpulan.

Majlis Perasmian Penutup MSR 2/2018 pada 2 Julai 2018 telah dirasmikan oleh YM Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Terengganu.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua kakitangan yang telah terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan sesi pendaftaran pelajar baru kali ini. Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar baru ADTEC Kemaman.