Minggu Silaturrahim (MSR) bagi pelajar sesi 2/2021 telah diadakan secara atas talian. Slot Taklimat Pengenalan Minggu Silaturahim (MSR) Sesi 2/2021 Secara Atas Talian dan Taklimat Pengenalan ADTEC Kemaman telah dilaksanakan melalui platform Google Meet. Hampir 100 orang peserta telah menyertai sesi pada hari ini. MSR ‘Online’ Sesi 2/2021 ini berlangsung bermula 3 Ogos hingga 12 Ogos 2021. Semoga program ini dapat memberi pengisian yang bermakna sebagai pengenalan kepada ADTEC Kemaman sebelum pendaftaran fizikal pelajar pada bulan September nanti.