ADTEC Kemaman telah menyertai pertandingan video pendek anjuran Kementerian Sumber Manusia sempena Hari Seminar Psikologi, KSM 2019. Video berdurasi 5 minit hasil idea dan arahan En Nasiruddin Bin Sadan serta dilakonkan oleh pelajar – pelajar Bahagian Teknologi Instrumentasi itu telah memenangi tempat kedua dimana hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Mahfuz Bin Omar, pada Majlis Penutup Seminar Psikologi yang diadakan pada 5 Nov 2019 bertempat di Dewan Gemilang, Kompleks D, Putrajaya.