9 Februari 2020: Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kemaman telah menganjurkan Program Hari Kesihatan Pergigian di ADTEC Kemaman. Warga ADTEC Kemaman bertuah kerana berpeluang mendengar taklimat berkaitan ‘Maklumat Asas Pergigian’ dan ‘Remaja Tampil Bergaya dengan 1 Senyuman’. Selain itu, aktiviti pemeriksaan gigi dan demonstrasi latihan memberus gigi, menggunakan flos dan pemeriksaan amalan kendiri (MSE).

Terima kasih kepada semua yang hadir untuk menjayakan program ini.