Seramai 42 orang pelajar serta kakitangan ADTEC Kemaman telah menyertai Program Lestari Komuniti & Alam Sekitar di Zoo Kemaman, Sungai Ibok dan Kampung Yak Yah, Kemaman, Terengganu pada 1 Mei 2019. Program ini dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama IPTA & IPTS daerah Kemaman, NGO-NGO dan masyarakat Daerah Kemaman.