Objektif program ini adalah untuk menggalakkan budaya inovasi, meraikan pihak industri dan langkah hebahan inovasi TVET. Di samping itu, program ini juga merupakan salah satu program promosi ADTEC Kemaman kepada pihak luar. Dalam majlis ini juga diadakan Majlis Pertukaran Dokumen Nota Kerjasama antara ADTEC Kemaman dan juga Kolej Vokasioanal. Kolej Vokasional yang terlibat diwakili oleh En Ismail bin Abdul Ghafar (Ketua Jaminan Kualiti KV Wakaf Tembesu), En Abdullah bin Abdul Rahman (Pengarah KV Kemaman), En Mokhtar bin Mohd Redan (Timbalan Pengarah Akademik KV Kuantan) dan Tn Hj Abdul Karim bin Dollah (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik KV Dungun).

Penganjuran TVET Innovation & Creativity Project Competition (TICPRO’18) buat kali kedua telah berlangsung pada 31 Oktober – 1 November 2018. Pertandingan kreativiti & inovasi yang disertai oleh semua pelajar Projek Tahun Akhir telah mempertandingan sebanyak 46 projek yang terdiri daripada program Teknologi Kimpalan, Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal, Teknologi Instrumentasi, Teknologi Elektrik Kuasa dan Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara. TICPRO’18 melalui pameran projek inovasi oleh peserta dan penilaian juri jemputan iaitu Tn.Hj.Norman bin Kusin dan Ts.Dr. Ruzlaini bt Ghoni serta juri dalaman En. Wan Shaiful Hasrizam bin Wan muda dan En. Khairil Azhar bin Aznan telah menobatkan projek Mesin Bawang Dwi Fungsi menggondol Anugerah Inovasi Terbaik yang membawa pulang hadiah wang tunai, medal dan sijil. Semoga dengan penganjuran TICPRO ini akan menghasilkan projek-projek berinovasi tinggi yang boleh diketengahkan ke pertandingan di peringkat yang lebih tinggi serta sebagai pencetus budaya kreativiti dan inovasi dikalangan pelajar serta pensyarah ADTEC Kemaman.