20 Oct 2019 (Ahad) Program Pendidikan Pengundi dan Kesedaran Sistem Pengurusan Pilihan Raya di Malaysia telah diadakan di Dewan Kuliah Utama (DKU) ADTEC Kemaman yang disampaikan oleh En Muhammad Salahuddin bin Salleh, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Negeri Terengganu. Tujuan program pendidikan ini adalah untuk berkongsi maklumat tepat kepada para pelajar mengenai proses pengundian yang dijalankan di Malaysia dan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman mengundi melalui simulasi pengundian. Program ini dihadiri oleh 300 orang pelajar ADTEC Kemaman.