ADTEC Kemaman dalam proses menyiapkan 6 unit ‘intubation box’ bagi membantu ‘frontliner’. Disebabkan kekangan peralatan yg bersesuaian, inisiatif yang diambil ialah membawa bahan ‘arcrylic’ ke ADTEC Jerantut dan melakukan kerja-kerja pemotongan yang sempurna di sana. Pemasangan akan dilakukan oleh ‘Team ADTEC Kemaman’ pada hari ini. Penghantaran kepada pihak Hospital Kemaman dijangkakan pada Ahad. Terima kasih ‘Team ADTEC Jerantut’ atas bantuan yang diberikan.

Pada kesempatan yang sama, ADTEC Kemaman turut meyumbang sebanyak 3 keping arcrylic kepada ADTEC Jerantut yang telah kehabisan stok. Sumbangan yang kecil ini sekurang-kurangnya dapat membantu menampung bahan asas utama untuk membuat ‘intubation box’ ketika permintaan meningkat setiap hari.