Pada tahun ini, dengan tema “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti” ADTEC Kemaman telah mengadakan ceramah bersempena sambutan maulidur rasul 1443H pada 10 November 2021 (Rabu), 10:00 pagi bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU). Majlis ini telah dihadiri oleh kakitangan ADTEC Kemaman dan juga pelajar semester akhir. Sambutan Maulidur Rasul turut dipancarkan secara langsung melalui platform facebook ADTEC Kemaman.